Salleh Sambut Baik MoU Antara Kerajaan dan PH

KOTA KINABALU: Bekas Bendahari Agung Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyambut baik usaha wakil keajaan dan Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Advertisements

Beliau yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata persefahaman itu merupakan petanda baik bahawa negara ini boleh mengamalkan politik matang demi kesejahteraan rakyat.

“Sememangnya kita memerlukan pendekatan politik baharu secara dwi-partisan agar Malaysia boleh mengatasi cabaran COVID-19, ekonomi dan yang berkaitan dengan kadar segera. Semoga usaha ini terus dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Semalam, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

Menerusi satu kenyataan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman ini pada Isnin jam 5 petang di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles