Sakit Sama Mengaduh, Luka Sama Menyiuk, Terima Kasih Frontliners

KUALA LUMPUR: Selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu ‘Malaysia Prihatin’, MARA Corporation yang diwakili oleh Encik Mohd Firdaus Bin Zubir, Pengarah Bahagian Pentadbiran Korporat Kumpulan telah mengambil peluang untuk menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Advertisements

Berpanas dan berhujan selain berembun dari senja ke dinihari sudah menjadi asam garam serta rutin tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan RELA yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sejak negara dilanda pandemik. Bagi petugas hadapan atau lebih dikenali sebagai frontliners ini merupakan perkara biasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Walaupun sumbangan setiap frontliner berbeza, tetapi tujuan mereka adalah sama, untuk membantu rakyat Malaysia dari segu perubatan, keselamatan, mahupun penghantaran. Sama seperti semua frontliner lain, mereka ini juga bekerja tak kira siang, malam, hujan ataupun panas. Yang penting, mereka dapat laksanakan tugas mereka dengan betul dan amanah.

Pek MC Prihatin telah berjaya diedarkan kepada petugas barisan hadapan negara di beberapa lokasi sekatan jalan raya sebagai tanda penghargaan MARA Corporation terhadap pengorbanan mereka.

Pek-pek yang dilengkapi dengan set hidangan yang dipek dalam bekas makanan guna semula, air, buah serta set sanitasi nano mist dan pelitup muka boleh guna semula merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai MARA Corporation mahupun anak syarikat, sila hubungi atas talian 03-2602 2240 atau melalui emel info@maracorporation.com.my atau layari www.maracorporation.com.my

Related Articles

253FansLike

Latest Articles