Ketua Menteri terima kunjungan IGP & CP baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara (IGP), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah (CP), Datuk Hazani Ghazali dan bakal Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah yang baharu, Dato’ Idris Abdullah.
Hazani akan berpindah dan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September 2021.
Idris pula sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan terima kasih kepada Hazani atas perkhidmatannya di Sabah.
“Kerajaan Negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan, terutamanya polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah terutamanya dalam mendepani ancaman pandemik COVID-19”, katanya.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles