Beberapa Kawasan Rendah Sekitar Bandaraya KK Dilanda Banjir Kilat

KOTA KINABALU: Hujan lebat yang berlaku di sini menyebabkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir kilat sejak jam 3 pagi tadi.
Kejadian banjir kilat itu berikutan air naik mendadak sehingga menenggelamkan beberapa jalan dan kawasan perumahan.
Antara kawasan terjejas termasuk perumahan Wijaya Park di Menggatal.
Jesselton Times yang berkesempatan membuat tinjauan di kawasan perumahan tersebut mendapati keadaan banjir kilat setinggi satu atau dua kaki turut masuk ke beberapa rumah di sekitar perumahan tersebut.
Bagaimanapun, penduduk yang menetap di kawasan berkenaan bersedia lebih awal dengan meletakkan barang berharga di tempat tinggi dan mengalihkan kenderaan mereka di kawasan selamat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles