Salleh Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Sakaran

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Sakaran Dandai awal hari ini.

Advertisements

“Sama-sama kita mendoakan semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh — Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Tun Sakaran mengembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di Hospital Gleneagles pada kira-kira 6 pagi.

Pemergian Allahyarham disahkan anaknya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Tun Sakaran pernah memegang jawatan Menteri semasa zaman pemerintahan USNO dan Menteri Persekutuan pada awal tahun 1990an.

Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 selama setahun mulai 26 Disember 1994. Beliau menggantikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas PBS yang menang kehilangan solongan majoriti di DUN pada Mac 1994.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles