Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Meninggal Dunia Akibat Covid-19

KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Sakaran Dandai mengembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun di Hospital Gleneagles awal hari ini.

Advertisements

Pemergian Allahyarham disahkan anaknya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

“Ayahanda saya meninggal dunia pagi ini. Pihak hospital telah menghubungi keluarga kami pada pukul 6 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan disemadikan di Makam Pahlawan.

Sebelum ini, Nasir dalam satu kenyataan berkata ayahandanya dimasukkkan ke hospital swasta berkenaan sejak 18 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 dan beliau kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Tun Sakaran pernah memegang jawatan Menteri semasa zaman pemerintahan USNO dan Menteri Persekutuan pada awal tahun 1990an.

Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 selama setahun mulai 26 Disember 1994. Beliau menggantikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas PBS yang menang kehilangan solongan majoriti di DUN pada Mac 1994.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles