Hentikan Amalan Tipu Sukatan Bungkusan Beras – David

 

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Sabah meminta pihak pembekal beras agar tidak sesekali cuba menipu sukatan pada bungkusan barangan tersebut sebelum dijual di kedai-kedai.

Advertisements

Presidennya, David Chan berkata tindakan tidak beretika itu bukan sahaja menggambarkan betapa rendahnya integriti peniaga yang tamak mengejar keuntungan semata-mata, malah amat mementingkan diri terutama pada saat getir seperti sekarang, ketika rakyat berdepan tekanan hidup semasa wabak Covid-19 melanda negara.

Katanya, pihak persatuan pengguna ada menerima aduan daripada pengguna bahawa mereka membeli beras atau barangan keperluan lain kurang timbangan berbanding yang tertera di atas beg atau bungkusan jualan.

“Sehubungan itu kita menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar segera bertindak dan membuat pemeriksaan ke atas premis-premis jualan serta gudang pembekal.

“Kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan ketika rakyat berdepan tekanan hidup akibat wabak Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan sebuah kilang di Jitra, Kedah diserbu KPDNHEP kerana melakukan timbangan bagi kampit beras lima kilogram (kg) tidak mencukupi.

Berikutan serbuan itu, penguat kuasa kemudian merampas sebanyak 100 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM1,200.

Laporan menyebut setiap kampit beras lima kilogtam yang ditimbang oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP mendapati berat kampit itu seberat 4.96 kg iaitu kurang 40 gram bagi setiap kampit.

Mengulas lanjut, David berkata, orang ramai diminta berhati-hati dan memeriksa setiap barangan yang dibeli supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Persatuan Pengguna Bijak jika mempunyai maklumat mengenai kejadian seperti itu.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles