Abdul Rahman Dahlan Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS

KOTA KINABALU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuatkuasa serta merta.

Advertisements

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata peletakan jawatan itu adalah selaras keputusan yang telah diputuskan di dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 3 Ogos lepas.

“Sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, saya turut patuh dan setia atas ketetapan parti ini.

“Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Rahman berkata Umno adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang DiPertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan Umno mengikut Fasal 3.


Susulan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah atas kerjasama baik sepanjang perkhidmatannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles