PAPAR: Sebuah rumah separa konkrit musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Melagui Kelatuan, di sini sekitar jam 8.59 pagi Isnin.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah di Kota Kinabalu hari ini, seramai 10 anggota pelbagai pangkat, diketuai Penolong Penguasa Bomba Roslie Jun, dengan sebuah jentera pemadam api tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain yang berdekatan sekitar pukul 9.26 pagi.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.