Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan adalah palsu – Pegawai PMO

 

KOTA KINABALU: Kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu.

Advertisements

Astro AWANi dipetik sebagai berkata bahawa seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan kenyataan media itu palsu.

“Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu,” kata pegawai di PMO kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Terdahulu, kenyataan media itu tular mendakwa Perdana Menteri telah memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar untuk membincangkan hala tuju kerajaan susulan penambahan bilangan kes positif COVID-19 semakin tinggi.
Sumber – Astro Awani

Related Articles

253FansLike

Latest Articles