KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed mengesyorkan agar kerajaan Persekutuan mengekalkan harga diesel dan petrol di negeri Sabah pada paras harga yang telah ditetapkan sebelum ini.
Ketika membuat seruan itu, beliau berkata langkah itu penting memandangkan
status perhubungan jalan raya, pendapatan rakyat Sabah rata-rata masih di bawah tahap yang memadai seperti pendapatan bulanan di Semenanjung yang lebih baik berbanding di Sabah.
Selain itu, katanya data pengangkutan juga menunjukkan majoriti rakyat Sabah, khususnya di kawasan pendalaman masih menggunakan kenderaan-kenderaan berat yang menggunakam diesel kerana jalan perhubungan yang sebahagian besarnya masih dalam keadaan yang tidak baik.
Jeffery berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk
Armizan Mohd Ali semalam bahawa penyasaran subsidi diesel di Sabah akan dilakukan secara berperingkat.
“Kita juga berharap bantuan BUDI95 sebanyak 200 litre dapat di teruskan seusai April ini di Sabah.
“Keperluan subsidi ini amat diharapkan di negeri Sabah…ini kerana jarak, kondisi jalan dengan majoriti pendapatan perkapita keluarga di Sabah.
“Kita berharap kita sama-sama memahami keadaan kegawatan ini, tolak ansur di antara kita Sabah, Sarawak dan Semenanjung amatlah di tuntut. Semoga apa yang berlaku d timur tengah tidak berpanjangan dan kembali seperti sedia kala,” katanya.
