Keputusan kerajaan pusat ketepikan permohonan SOP Sabah “menghairankan” — Salleh

KOTA KINABALU: Pengerusi Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan tidak memasukkan negeri Sabah antara negeri-negeri yang akan beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai “menghairankan”.

Advertisements

“Kita masih belum mendengar berita mengenai SOP (prosedur operasi standard)
Sabah selepas sekian lama.

“Ini menyebabkan kekeliruan dan keresahan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lima negeri di Semenanjung akan beralih ke fasa 2 PPN berkuatkuasa 5 Julai depan.

Ismail Sabri berkata, lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya lagi, peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu – kes harian COVID-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU), serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata walaupun rakyat Sabah “tumpang gembira mendengar berita lima negeri Semenanjung Malaysia dibenarkan masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara”, namun tindakan melengahkan keputusan permohonan SOP Sabah tidak wajar.

Beliau berharap kerajaan pusat akan mengambil maklum perkara itu dan menghormati permohonan kerajaan Sabah berhubung pelonggaran SOP untuk negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles