Yadim Sabah Sampaikan Sumbangan Vitamin C Kepada Petugas Barisan Hadapan

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Barisan hadapan terdiri dari kalangan Doktor, kakitangan hospital, Polis,Tentera dan lain lain merupakan golongan yang berdepan dengan cabaran ketika penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Malaysia cawangan sabah (YADIM) tampil ke hadapan menyantunib golongan tersebut dengan menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan bertujuan menyuntik semangat sekali gus menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Pengarah YADIM cawangan Sabah Haji Samin Ongki berkata YADIM cawangan Sabah akan terus melaksanakan program tanggungjawab sosialnya bukan sahaja di kalangan kumpulan sasar melalui bantuan bakul makanan dan barisan hadapan juga tidak dipinggirkan dalam program yang mereka laksanakan.

“Kita faham petugas barisan hadapan merupakan petugas yang begitu penting ketika ini…mereka bukan sahaja terbeban dengan tugas namun berhadapan dengan rasiko yang tinggi ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan berupa Vitamin C yang bernilai RM10,000.00 kepada petugas barisan hadapan di sini pada Khamis.

Antara barisan hadapan yang menerima sumbangan tersebut,Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Tentera Darat, Jabatan Kesihatan, dan Jabatan Relawan Malaysia (RELA)

Sumbangan tersebut masing-masing diterima oleh Timbalan Pesuruh Jaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan (PDRM), Panglima Divisyen Kelima Infantri Mejar Jeneral Dato Haji Mohd Halim Khalid (Tentera), Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri sabah Dr Abd Kahar Abd Asis (JKNS) dan Pengarah Rela Negeri Sabah Mohamad Pauzi Jhomat (RELA).

Menurut Haji Samin, YADIM memilih untuk memberikan sumbangan Vitamin C kerana dalam situasi sekarang anggota yang bertugas memerlukan Vitamin C yang berperanan sebagai antioksida menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit.

Dalam pada itu Haji Samin berkata YADIM Sabah amat menghargai sokongan daripada sektor koprat dan orang perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan yang diserahkan kepada YADIM untuk diselaraskan dan disampikan kepada golongan sasar.

“Banyak sumbangan yang kami terima dan YADIM Sabah hanya menyelaras dan menyampaikan sumbangan tersebut kepada golongan sasar selari dengan tanggungjawab sosial YADIM kepada masyarakat” katanya.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles