Pemimpin politik Sabah perlu bersatu hati depani pandemik COVID-19

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah termasuk pemimpin politik diseru mengetepikan fahaman politik dan sebaliknya bersatu hati bagi mendepani pandemik Covid-19.

Advertisements

Oleh itu, Ketua Penerangan Badan Pimpinan BERSATU Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan berkata tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan Pelan Pemulihan Negara-Fasa 1 Negeri Sabah seharusnya disahut dengan semangat luar daripada kepartian, demi kemakmukran rakyat dan negeri Sabah.

“Tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk memperkecilkan dan menidakkan tindakan yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata negeri Sabah mencatatkan penurunan kes covid yang konsisten, sekali gus menunjukkan segala tindak-tanduk kerajaan negeri Sabah berjaya membuahkan hasil.

“Maka dengan itu segala keputusan yang diambil kira pastinya sudah diperhalusi dengan rapi sekali.

“Segala persepsi negatif yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik negeri seharusnya dibendung kerana ini boleh membawa kepada kecelaruan dan perpecahan di kalangan rakyat.

“Dengan semangat kesatuan yang kuat semestinya dapat membawa kepada satu keputusan yang membawa kebaikan kepada masyarakat negeri Sabah. Sudah tiba masanya Pelan Pemulihan Negara Fasa 1-
Negeri Sabah mengadaptasi selera dan citarasa negeri itu sendiri,” katanya.

Khairul Firdaus optimis dengan kerancakkan gerak kerja mendaftarkan dan memvaksinkan rakyat, ia dapat memerangi pandemik COVID-19 ke arah kejayaan.

“Sifat keterbukaan pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Hajiji seharusnya diambil secara positif, demi memastikan segala keputusan demi rakyat Sabah dapat dipertahankan dan bukannya dipolitikkan.

“BERSATU Sabah cukup yakin dengan pentadbiran yang d pelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman, pastinya dapat mendepani pandemik COVID-19 ini dengan jayanya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles