30,000 Bakul Makanan Diagih Kepada Golongan Sasar di Parlimen Kinabatangan

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

SANDAKAN: Tidak kurang dari 30,000 bakul makanan telah diagih-agihkan kepada golongan sasar di kawasan Parlimen Kinabatangan yang merangkumi Dewan Undangan Negeri Lamag, Sukau dan Kuamut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama hingga PKP ketiga.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

“Bantuan ini tidak terhenti di sini sahaja, dimana sahaja rakyat yang menghadapi kesusasahan bantuan akan kita salurkan sama ada di DUN Lamag,Sukau dan Kuamut yang diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPMM) di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan bakul makanan sebanyak 1,000 bakul makanan dari Sawit Kinabalu untuk kawasan DUN Lamag dan Sukau di pejabat Perhubungan Parlimen Kinabatangan dekat sini pada Isnin.

Sumbangan tersebut diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie yang turut disaksikan oleh Menteri Pelancongan ,Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga ADUN Sukau Datuk Jafry Arifin dan Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim.

Sebelum ini, Sawit Kinabalu turut memberikan bantuan yang sama sebanyak 500 bakul makanan di kawasan DUN Kuamut.

Dalam perkembangan lain ketika diajukan soalan berhubungan dengan pelanjutan PKP dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata,kerajaan negeri akan menyokong apa juga keputusan kerajaan pusat untuk meneruskan PKP demi kebaikan negara dan keselamatan rakyat.

Katanya PKP perlu diteruskan bagi satu tempoh masa lagi sehingga penularan COVID-19 benar-benar terputus.

Menurut beliau sekiranya wabak ini masih tersebar dalam kalangan masyarakat, maka PKP tidak boleh dihentikan kerana ada kemungkinan terbentuknya gelombang Covid-19 seterusnya dan ia mungkin lebih besar.

“Pelaksanaan PKP adalah cara terbaik untuk memastikan rantaian wabak ini dapat diputuskan justeru kita menyokong apa juga keputusan kerajaan pusat demi kebaikan negara dan keselamatan rakyat ” katanya

Bung berkata walau pun Sabah masih menguatkuasakan PKP namun kerajaan negeri berkemungkinan akan mempertimbangkan sedikit kelonggaran ekoran bilanganya Positif COVID-19 masih terkawal berbanding di Semenajung justeru beberapa sub sektor akan diberikan kelonggaran untuk beroperasi semula dengan mengambil kira pematuhan Prosedur Operasi Standrad (SOP)

“ Dengan sedikit kelonggaran tersebut kita berharap orang ramai akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan untuk sama sama membendung penularan Virus COVID-19” katanya.

Menurut beliau lagi sekiranya PKP terus dilaksanakan sektor ekonomi, pasti akan terjejas, termasuk juga sektor lain,bagaimanapun katanya, kerajaan banyak membantu melalui beberapa inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

“Perkara paling penting ketika ini ialah kesihatan dan keselamatan. Ekonomi kita boleh bina semula tetapi kesihatan adalah keutamaan,” katanya.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles