Perintah Berkurung di Perairan Esszone Disambung Hingga 14 Julai

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-165

Advertisements

Tempoh perintah berkurung bagi fasa baharu itu dilanjutkan mulai 30 Jun hingga 14 Julai ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hazani Ghazali, dalam satu kenyataan hari ini, berkata peraturan itu dikuat kuasakan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran dari 6 petang hingga 6 pagi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai di daerah terbabit supaya tidak berada di lokasi yang diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung.

Hazani berkata pelanjutan perintah berkurung itu antara lain bertujuan memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan.

Selain itu, katanya ia bermatlamat menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles