PBS Bimbang Kemunculan “Gejala Penyakit Ekstremisme” di Sabah – Mositun

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Johnny Mositun menzahirkan kebimbangan parti itu berhubung kemunculan tanda-tanda awal pembawaan ekstremisme di negeri ini.

Advertisements

Beliau berkata walaupun terdapat lebih 32 kumpulan etnik dan sub-etnik di negeri ini, namun mereka sentiasa hidup aman damai dan bekerjasama sebagai satu keluarga, meskipun berasal dari pelbagai latar belakang.

“Sebenarnya, Sabah adalah contoh terbaik daripada segi amalan toleransi dan perpaduan. Pada masa lalu, kita tidak pernah mendengar perkataan “pengasingan” termasuk dalam soal perkhidmatan pasar raya di Sabah.

“Kita perlu mengekalkan keadaan ini dengan apa juga cara dan berhati-hati terhadap kumpulan tertentu yang cuba menggangu gugat hubungan yang harmoni ini. Orang-orang ini cuba menabur benih kebencian dan perpecahan pada orang lain, sama ada atas dasar agama atau kaum dan etnik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Timbalan Speaker Negeri Sabah itu turut menegaskan bahawa PBS tetap komited untuk memastikan Sabah (atau orang Sabah) terus mengamalkan sifat toleransi dan cara hidup yang saling menghormati.

Baru-baru ini, PAS menggesa semua pasar raya atau kedai supaya peka terhadap keperluan dan sentimen pelbagai agama di Sabah.

Menurut PAS Sabah, ini penting berikutan kejadian di pasar raya di Keningau, yang menjual daging khinzir tanpa “mengasingkan” troli untuk kegunaan pengguna.

“Sudah tentu, sebagai orang Sabah saya secara ikhlas menegur ekstremisme agama semacam ini di antara kita yang seolah-olah memperlihatkan “tidak ada yang lebih suci daripada anda,” kata Mositun, yang juga Ketua PBS Limbahau, Papar.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles