Keputusan Kerajaan Sabah Agih Komputer Riba Kepada Pelajar SPM, STPM sangat tepat – Mohd Arifin

KOTA KINABALU: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif menyifatkan keputusan kerajaan negeri mengagihkan 10,000 unit komputer riba kepada pelajar-pelajar Miskin Tegar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM termasuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebagai tepat dan wajar disokong oleh semua pihak.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana keputusan kerajaan itu bukan sahaja membolehkan pelajar menggunakan komputer tersebut untuk program Program Belajar dari Rumah(PBdR) tetapi juga boleh digunakan apabila mereka melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kelak.

Bagaimanapun, jumlah 10,000 unit yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta itu mungkin tidak mencukupi, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan data yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, jumlah keseluruhan pelajarĀ  Miskin Tegar yang mengambil SPM, STPM dan STAM tahun ini mencecah 19,000 orang, manakala bilangan dibawah B40 adalah sekitar 37,000 orang pelajar

“Program BAIK ini selari dengan tujuan program Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan mengagihkan 150,000 komputer di seluruh Malaysia dalam membantu pelajar.

“Adalah difahamkan dari jumlah tersebut, sebanyak 29,000 buah akan diagih kepada pelajar di Sabah yang mensasarkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 (sekolah Menengah) dan Tahun 4 (sekolah Rendah). Dan sudah pasti jumlah 29,000 ini juga tidak mencukupi untuk menampung semua pelajar di seluruh Sabah,” katanya.

Mohd Arifin yakin inisiatif Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri itu melalui Program Bantuan Ehsan Komputer (BAIK) fasa 1 mampu membantu mencapai sasaran yang diharapkan.

Menurutnya pemberian komputer oleh Kerajaan Negeri itu sangat bermanfaat untuk pelajar di Sabah.

“Saya juga telah membuat jelajah ke sebahagian besar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka memberi respon yang baik terhadap inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar dari keluarga kurang mampu,” tambah beliau.

Selain itu, katanya kerajaan negeri melalui Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas turut menyelaras beberapa inisiatif untuk pelajar di Sabah, termasukl Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI) sebanyak RM2000 kepada pelajar tahun pertama ijazah IPT, dikalangan keluarga pelajar yang pendapatan RM5000 kebawah.

Mengenai Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) iaitu bantuan tunai RM200 kepada pelajar yang mengambil SPM, STPM dan STAM tahun 2021, beliau berkata sekurang-kurangnya 37,835 pelajar mendapat manfaat daripada bantuan itu.

Selain itu, katanya Bantuan Ehsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAK) turut diberikan

Mohd Arifin berkata ia melibatkan bayaran sekali (one off) RM300 kepada semua pelajar Sabah yang terperangkap di kampus di seluruh IPT dan Institusi seluruh negara yang melibatkan sekitar 4000 pelajar yang telah memohon bantuan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles