ESSCOM tahan 21 pati warga Indonesia di Tawau

TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas pantai timur Sabah (ESSCOM) melalui Op Cegah Pati (OCP) Daratan telah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (pati) warga Indonesia, di sini, semalam.

Advertisements

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang bersembunyi di kawasan semak di sepanjang pesisir pantai perkampungan atas air batu 3.5, jalan apas, Tawau.

Beliau berkata Kesemua pati disyaki baru tiba daripada indonesia dan mendarat di kawasan berkenaan dengan menggunakan bot laju.


Beliau berkata ketika kejadian kira-kira jam 7.43 malam itu, bertindak atas maklumat penyeludupan pati, sepasukan anggota keselamatan yang sedang melaksanakan tugas rondaan OCP Daratan ESSCOM yang terdiri daripada 5 anggota Batalion 14 pasukan gerakan am (PGA), 5 anggota pasukan polis Marin, dan 5 anggota RAMD/ATM yang diketuai oleh seorang pegawai ESSCOM telah memeriksa dan menahan 21 pati yang disyaki baru mendarat daripada negara jiran Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 21 pati tersebut yang terdiri daripada 7 lelaki dewasa dan 11 Wanita dewasa bersama 2 kanak-kanak perempuan dan 1 orang kanak-kanak lelaki tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah”.

“Kesemua pati yang berumur antara 6 bulan – 70 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Ahmad Fuad berkata , ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh daerah di ESSZone dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif termasuk mengadaptasikan konsep “Show of Force” bagi mengawal kemasukan pati terutamanya daripada negara jiran dalam usaha kita untuk mengekang dan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada merebak dibawa masuk ke negara ini melalui pati.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad sekali lagi mengulangi gesaan kepada Seluruh masyarakat di kawasan ESSZONE agar sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada pasukan keselamatan termasuk menjadi “mata dan telinga” dengan menyalurkan maklumat penting terutamanya mengenai kemasukan pati dan mahupun penyeludupan rokok tanpa cukai melalui laluan-laluan yang tidak diwartakan ataupun jalan tikus kepada pasukan keselamatan mahupun Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863181 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

“Komunit ESSZONE juga diingatkan supaya jangan bersubahat dan bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut yang cuba mengambil kesempatan untuk menyeludup sama ada rokok ataupun pati ke negara ini”.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada pihak atau individu dalam kalangan komuniti yang bertindak bersubahat atau melindungi pati termasuk bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut”, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles