Salleh Lakukan Anjakan Paradigma Tabur Khidmat Secara Maya Untuk Penduduk Usukan

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melakukan anjakan pradigma dengan melakukan kelainan dalam menabur khidmat kepada rakyat khususnya di kawasan Dun Usukan.

Advertisements

Beliau yang juga Adun Usukan melancarkan sesi Pejabat Online SSK (secara maya) bersama masyarakat DUN Usukan bermula pada Jumaat.

Sesi itu antara lain bertujuan mendengar sendiri keluhan dan rungutan rakyat termasuk yang ada kaitan dengan pandemik Covid-19.

“Hari ini saya mengadakan sesi Pejabat Online SSK bersama masyarakat DUN Usukan, Kota Belud.

“Seperti sedia maklum, arahan SOP terkini menjejas pergerakan saya ke kawasan,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Salleh berharap program itu sedikit sebanyak memberi peluang untuk bersemuka dengan masyarakat Usukan untuk memberikan pelbagai khidmat untuk rakyat, nasihat atau bantuan dalam menangani cabaran hidup.

“Kita gunakan pelantar teknologi sedia ada untuk membantu menjayakan sesi ini (Pejabat Online SSK bersama masyarakat DUN Usukan).

“Semoga usaha ini berkesan dan dapat berterusan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles