Penduduk DUN Lumadan dalam keadaan terdesak, perlukan segera bantuan makanan dan air

BEAUFORT: Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah nasib mangsa-mangsa banjir di DUN Lumadan yang kini ditimpa masalah bekalan air terputus.

Advertisements

Masalah terutamanya, ketiadaan bekalan air semakin meruncing sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Hj. Ruslan Muharam, merayu kepada pihak-pihak yang sudi agar menyumbangkan bekalan air mineral untuk penduduk di kawasan ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan terjejas teruk oleh banjir besar yang melanda daerah Beaufort sejak 16 Mei sehingga ke hari ini.

Sebanyak 55 buah kampung yang terdapat dalam DUN Lumadan, di mana hanya tiga daripadanya yang tidak dilanda banjir iaitu Kampung Lubok, Kampung Karangan dan Weston.

Ruslan berkata seramai 7,800 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas oleh banjir.

“Seramai 40,000 orang penduduk DUN Lumadan kini mengalami
kesukaran mendapatkan barangan keperluan dapur dan air bersih, disebabkan terputusnya perhubungan jalanraya dan bekalan air paip,” katanya.

“Air mineral sangat diperlukan ketika ini. Saya merayu kepada pihak-pihak yang sudi agar menghulurkan bantuan kepada penduduk di DUN Lumadan yang amat memerlukan ketika ini,” katanya dalam kenyataan medianya pada Isnin.

Sementara itu, semasa lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Hj. Noor yang meninjau keadaan banjir di daerah Beaufort pada hari yang sama, Hj. Ruslan telah mencadangkan kepadanya agar sebuah bangunan pusat penempatan sementara (PPS) dibangunkan di Kampung Padas Damit, dalam DUN Lumadan yang terletak 40km daripada Pekan Beaufort.

Ruslan berkata tapak seluas 1 ekar telahpun tersedia untuk tujuan tersebut.

Katanya, ini adalah untuk menempatkan mereka yang akan dipindahkan sekiranya berlaku bincana di kawasan yang berdekatan.

Katanya fasiliti yang tersedia di Kampung Padas Damit termasuklah klinik kesihatan, balai polis, tangki penyempanan air, dan talian internet, sementara padang Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit boleh dijadikan tempat untuk pendaratan helikopter.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles