Pemantauan Infrastruktur Asas Jalan Raya dan Jambatan Kendalian JKR Perlu disegerakan selepas pasca banjir – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Dato’ Sri Bung Moktar Radin (gambar) meminta semua jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) khususnya di daerah yang terlibat dengan musibah banjir agar siapsiaga memantau keadaan selepas pasca banjir.

Katanya selepas banjir kemungkinan besar boleh berlaku beberapa perkara antaranya jalan runtuh , jambatan dihanyutkan atau berlaku runtuhan tanah ekoran banjir dan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

BUNG MOKTAR RADIN..Pemantuan kepada insfrastruktur asas seperti jalanraya dan jambatan perlu dilakukan selepas pasca banjir
BUNG MOKTAR RADIN..Pemantuan kepada insfrastruktur asas seperti jalanraya dan jambatan perlu dilakukan selepas pasca banjir

” Beberapa daerah di negeri ini seperti di Keningau Tenom ,Kemabong dan Beaufort terlibat dengan banjir besar ekoran hujan berterusan sejak minggu lalu dimana ianya boleh menyebabkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan khususnya dibawah kendalian JKR akan berhadapan dengan kerosakan” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Menteri Kerja Raya itu semua ini tidak mustahil akan berlaku sebagaimana kejadian yang berlaku di daerah Pitas baru-baru ini, selepas banjir banyak jalanraya terputus,,rosak dan jambatan dihanyutkan banjir, justeru menjadi tanggungjawab kita untuk memantau perkara ini terutamanya selepas pasca banjir agar tidak menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.

” Semua jurutera daerah yang terlibat perlu turun padang bagi memantau keadaan ini, mana-mana kerosakan yang boleh kita perbaiki segara kita perlu laksanakan sementara keroskan besar yang melibatkan kos pembaikan yang tinggi laporan segara perlu dikemuakan ke ibu pejabat bagi memohon peruntukan dari kerajaan untuk memperbaikinya” tambah Bung.

Dalam pada itu Bung Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag i meminta mereka yang terjejas dengan banjir ini agar sentiasa berwaspada dan mendengar nasihat dari pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat penempatan sementara jika keadaan banjir semakin buruk .

Menyifatkan keadaan banjir seperti yang berlaku di Tenom,Kemabong dan Beaufort sebagai banjir yang terbesar tahun ini Bung berkata keselamatan penduduk perlu diutamakan dan kesemua Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) telah diaktifkan dan segala bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas turut disalurkan.

” Paling utama selamatkan dokumen-dokumen penting dan apabila berada di pusat penampatan sementara pematuhan kepada Prosedur Operasi Standrad (SOP) perlu dipatuhi ,ini disebabkan penularan Pandemik Korona Virus Covid-19 menunjukkan peningkatan yang agar ketara di negeri ini” katanya.

Semantara itu Bung berkata perkhidamatan Kertapi antara Kota Kinabalu Beaufort Dan Tenom turut terjejas ekoran landasan kereta api turut dinaiki banjir di beberapa buah lokasi menyebabkan kereta api tidak boleh beroperasi.

Sambil meminta mereka yang terjejas bersabar dan tabah menghadapi ujian bencana banjir ini ,Bung berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mereka yang terjejas dalam musibah banjir ini.

BUNG MOKTAR RADIN..Pemantuan kepada insfrastruktur asas seperti jalanraya dan jambatan perlu dilakukan selepas pasca banjir

B.TERJEJAS..Perkhidamatan kereta api Kota Kinabalu Beaufort Tenom turut terjejas ekoran landasan ditanggalami oleh banjir

Related Articles

253FansLike

Latest Articles