Perubahan Terma Status Sabah daripada Negeri ke Wilayah sebaiknya dibuat melalui Pindaan Perlembagaan – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat
perubahan terma status Sabah daripada negeri kepada ‘wilayah’ sewajarnya dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.

Advertisements

Beliau berkata ia juga perlu mendapatkan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata ini penting memandangkan pertukaran istilah itu memerlukan penjelasan termasuk kuasa autonomi yang diberikan kepada Sabah.

“Saya tengok belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan mengenai perkara tersebut…secara peribadi saya menyokong (pertukaran status)…. bagaimanapun pada pandangan saya pertukaran nama itu harus juga ada pindaan perlembagaan.

“Kerajaan Persekutuan perlu jelaskan apa yang dimaksudkan dengan wilayah, pada saya secara asasnya ia bermakna (status) Sabah dan Sarawak adalah sama rata,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Warisan Harta Sabah (WHS) bersama tiga syarikat iaitu Gemilang Coachworks Sdn Bhd, Epost dan Go Auto Group di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini pada Sabtu.

Salleh yang juga Pengerusi WHS yakin semua pihak tanpa mengira fahaman politik akan memberi sokongan kepada usaha murni tersebut “kerana ia adalah hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles