Gangguan Bekalan Elektrik Antara Punca Gangguan Bekalan Air di Bandar Sierra, Taman Rimba, Universiti Apartment – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Masalah gangguan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu terutamanya di Bandar Sierra ,Taman Rimba dan Unversiti Aprtment beberapa hari yang lalu disebabkan gangguan berterusan yang berlaku di Loji Rawatan Air Telibong I Tamparuli.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata punca utama ialah pada selasa lepas 6 April 2021 berlaku gangguan bekalan elektrik mengakibatkan loji tidak dapat berfungsi seratus peratus selama 3 jam untuk membekalkan air bersih ke kawasan yang terlibat.

“Selain itu pada Kahmis (8 April) kekaruhan air sungai begitu tinggi dan loji terpaksa ditutup dari beroperasi selama 5 Jam menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan” katanya ketika dihubungi di sini bagi mengulas rungutan penduduk yang terjejas bekalan air bersih.

Menurut Bung itu gangguan bekalan ini secara langsung memberikan kesan secara langsung di kawasan Bandar Sierra dan Taman Rimba termasuk para pengguna di kawasan berdekatan seperti Telipok dan Menggatal dimana keadaan ini dijangka pulih dalam masa 2 hingga 3 hari.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, keadaan bertambah buruk ekoran keadaan bekalan semasa air di Kawasan Utara Kota Kinabalu yang mengalami kekurangan sebanyak 30 peratus pengluaran berbanding dengan permintaan dan gangguan di loji terlibat memberikan kesan langsung kepada penduduk kerana permintaan yang tinggi melebihi pengeluaran air terutamanya di waktu penghujung minggu.

“ Kita memahami masalah serta kesulitan penduduk yang terlibat , oleh itu penyelasaian serta merta untuk jangka masa pendek , Jabatan Air Sabah menghantar bekalan air menggunakan lori ke Bandar Sierra dan Taman Rimba sementara penyelasaian jangka panjang ialah pembinaan Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 2 yang dijangka siap pada tahun 2023” Tambah Bung.

Bung menambah pada kemarin ( Sabtu) keadaan loji mula stabil dan dijangka hari ini (Ahad) air akan mula masuk ke dalam tangki dan selewat-lewatnya Isnin atau Selasa ini bekalan air akan pulih seperti sediakala.

“ Kita berharap tiada lagi gangguan bekalan elektrik selain tidak berlakunya kekeruhan air dalam beberapa hari ini bagi mempastikan kelancaran bekalan air dan bagi pihak Kementerian kami memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh pengguna ” jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles