PSKS Laksana Program Kesedaran Kanser di Matunggong

KUDAT: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjurkan program Kesedaran Kanser di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki menyambut baik usaha murni kerana program seumpama ini, sekaligus akan dapat meningkatkan kesedaran dan memandang serius akan kewujudan penyakit Kanser dalam kalangan rakyat.

“Saya berterima kasih dan kagum dengan usaha PSKS yang telah melaksanakan program kesedaran Kanser yang mana banyak memberi manfaat kepada rakyat khususnya di DUN Matunggong”, kata Julita.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan berkata program itu cbertujuan memberikan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai bahaya penyakit kanser dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan umum.

“Saya menyeru kepada semua golongan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta sentiasa melakukan pengesanan awal sebagai satu langkah mencegah penyakit kanser yang merupakan pembunuh utama yang digeruni di negara ini,” katanya lagi.

“Setiap hari, ada saja yang meninggal akibat penyakit kanser dan begitu juga dengan pertambahan kes-kes kanser yang direkodkan di hospital semakin meningkat.

“Justeru, kerajaan sentiasa prihatin kepada pencegahan dan pengesanan awal kanser payudara dan servik dalam kalangan segenap lapisan masyarakat di wilayah Sabah. Setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah subsidi mamogram (ujian mengesan kesan payudara bagi wanita berumur 40 tahun serta saringan kanser servik, tegas Julita.

“Dalam pada itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah, telah menyediakan 20 kuota untuk subsidi Mamogram.

“Julita turut menyatakan bahawa Pengerusi dan Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK memainkan peranan serta bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepda penduduk kampung masing -masing, kata Julita.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada PSKS dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Diharapkan agar lebih banyak lagi program seumpama ini akan di adakan dan seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat Matunggong”.

Sesungguhnya Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai peranan dalam meningkatkan sosial budaya dan ekonomi masyarakat melalui program yang dilaksanakan.

Turut hadir dalam majlis ialah, Presiden PSKS, LPPK Sabah Lawrence Libur Imui, wakil Klinik Kesihatan Narandang, Dr. Nurfahain Azzuanie Awang Tangah, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Marius Masain, wakil Klinik Nur Sejahtera, Felomina Hj.Leonardo dan Wakil ADO Pejabat Daerah Kecil Matunggong Tasyrif Jalamin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles