Amalkan “First Principles Thinking”-Salleh

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Panglima Dr.Salleh Said Keruak mengajak pemimpin-pemimpin sekolah mengamalkan “First Principles Thinking.”

Advertisements

Katanya, “First Principles Thinking” iaitu kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sukar dan untuk mencetus kreativiti.

“Kita memainkan peranan dalam mencorak generasi akan datang dan saya berharap Kota Belud akan dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing di mana jua, dan pada bila masa jua”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bicara Pemimpin dan Perhimpunan Bulanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kota Belud, hari ini.

Salleh turut menyampaikan sumbangan khas beliau dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, serta melancarkan buku Kumpulan Puisi “Lelaki yang datang dari jauh” karya Norawi Haji Kata di majlis itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles