OCP DARATAN ESSCOM TAHAN 22 PATI DI TAWAU

TAWAU: Cubaan 22 pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Indonesia untuk memasuki negara ini gagal selepas kesemua mereka ditahan oleh ESSCOM di kawasan pesisir pantai di jalan Tawau Lama, dekat sini petang kelmarin.

Advertisements

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam kenyataannya berkata, tangkapan oleh Op Cegah Pati (OCP) Daratan Sektor Selatan ESSCOM itu dilakukan pada jam 5.15 petang selepas mendapat maklumat awam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota keselamatan yang sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan Op Cegah Pati (OCP) Sektor Selatan yang diketuai oleh ESSCOM dan dibantu oleh 7 anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 6 anggota Angkatan Tentera Malaysia (6 RRD/ATM) telah menahan seramai 22 orang yang sedang bersembunyi di kawasan semak di pesisir pantai Tawau lama disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada Indonesia.

“Kesemua mereka disyaki baru tiba dari negara jiran dengan menaiki bot laju.”

“Hasil pemeriksan mendapati kesemua mereka yang terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 8 perempuan dewasa dan 3 kanak-kanak dan berumur antara 6-60 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenakan diri yang sah”.

“Semua Pati yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63”, katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi keselamatan yang terlibat dalam membantu menjayakan Op Cegah Pati (OCP) Daratan ESSCOM di daerah ini terutamanya kepada semua anggota Batalion 14 PGA dan 6 RRD Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi ini.

Beliau berkata kejayaan ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat terutamanya dalam menggagalkan taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan lorong-lorong tikus iaitu laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini secara haram.

Menurutnya lagi, ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di ESSZONE yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh ESSZONE dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif melalui pelaksanaan OP Cegah Pati (OCP) dengan menggunakan dan mengadaptasikan konsep “show of presence” bagi mengawal dan mengekang kemasukan PATI terutamanya daripada negara jiran dalam usaha kita untuk memutuskan rangkaian COVID-19 daripada di bawa masuk ke negara ini melalui PATI.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles