Timbalan Ketua Menteri sembuh dari Covid-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan telah sembuh dari Covid-19 dan dibenarkan pulang hari ini.

Dr Jeffrey mula mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth sejak 4 Januari selepas beliau didapati positif virus Covid-19 pada 3 Januari.

Turut dibenarkan meninggalkan hospital adalah isteri beliau, Datin Seri Panglima Cecelia Kitingan.

Kedua-dua mereka meninggalkan hospital pada jam 1 petang hari ini.

Dalam pada itu, Dr Jeffrey merakamkan penghargaan beliau terhadap pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi serta semua anggota hospital yang telah merawat beliau serta isteri beliau selama dua minggu di hospital.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles