Kerajaan Sabah Laksana Pelbagai Strategi Tangani Kelembapan Ekonomi Kesan Covid – 19

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai strategi dan langkah bagi memulihkan ekonomi negeri ini yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global dan nasional kesan pandemik COVID-19.

Advertisements

Bagi maksud itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menyaksikan pelaksanaan fasa pertama Hala Tuju SMJ dimulakan dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0, 2021-2025 (Hala Tuju SMJ 1.0, 2021-2025) yang berpaksikan kepada tiga teras utama.

Beliau berkata teras paksi pertama melibatkan sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi.

“Teras Kedua adalah Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat. Manakala Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau sebagai Teras Ketiga,” katanya,

Hajii berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Adun Sungai Manila pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Salleh ingin tahu strategi dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi kelembapan ekonomi sekarang.

Hajiji berkata pelan itu merupakan pelan pembangunan komprehensif dan holistik yang memberikan tumpuan untuk memulih dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berkata inisiatif lain untuk memulihkan ekonomi ialah memperhebatkan program pembangunan pertanian, sektor pelancongan, dan menarik pelaburan berimpak tinggi.

Selain itu, katanya kerajaan akan membangunkan bandar sempadan Serudong-Simanggaris.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles