Smart Tradzt Lancar Platform E-Dagang Agroproduk Bersepadu

KUALA LUMPUR: Smart Tradzt melancarkan platform e-dagang agroproduk bersepadu Agro Tradzt khusus untuk petani, penternak dan nelayan serta pekebun kecil untuk memasarkan hasil pertanian, penternakan dan perikanan mereka terus kepada pembeli.
Pelancaran Agro Smart Tradzt telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan di Dewan THYS MARDI, Serdang, Selangor.
Sebagai permulaan, fokus akan diberikan kepada perniagaan oleh pengusaha restoran, peruncitan, gerai makanan, serta pemborong dan kepada pengguna individu mulai tahun hadapan. Usaha ini sudah tentu akan membantu mereka meningkatkan pendapatan mereka berikutan harga tawaran yang lebih tinggi serta perluasan capaian pasaran mereka.
Strategi pemasaran Agro Smart Tradzt membolehkan jualan terus oleh nelayan, penternak dan petani kepada pembeli; menawarkan produk hasilan segar, harga yang lebih adil, kestabilan sumber bekalan dan pengalaman membeli yang menarik dan lancar
Selain membolehkan jualan langsung, platform ini menyokong rantaian bekalan dari proses permulaan hinggalah ke penghujung dengan lebih cekap terutamanya bagi barangan mudah rosak, pengurusan inventori dengan jangka hayat yang lengkap, semakan ketersediaan stok, pembungkusan, pengurusan pengangkutan, penjejakan penghantaran semasa dan kebolehkesanan produk dari lokasi penghantaran ke destinasi terakhir.
Dalam usaha memberi perkhidmatan kepada pembeli dengan kuantiti yang kecil secara berkesan, permintaan serta beban pengangkutan disatukan dan dioptimumkan untuk membolehkan skala pengangkutan yang paling ekonomik. Strategi pemasaran Agro Smart Tradzt mampu memenuhi pelbagai jenis mekanisme harga yang diamalkan dalam industri pertanian pada masa ini. Pengguna boleh menggunakan rujukan harga rasmi siaran harian (untuk pembeli kuantiti kecil) dan harga rundingan atau harga bidaan (untuk pembeli kuantiti pukal).
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kemudahan seperti Platform e-Dagang Smart Tradzt Agro Marketplace ini adalah bertepatan dengan strategi utama MAFI dalam mewujudkan peluang pasaran yang lebih luas khususnya untuk pengeluar produk pertanian kecil.
“Di samping itu, usaha-usaha berteraskan pemodenan turut digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sistem makanan negara. Ini termasuklah inisiatif untuk memperluaskan penggunaan teknologi serta memperkukuh dan menambahbaik infrastruktur sedia ada bagi memudahcara adaptasi teknologi dalam kalangan pengeluar makanan,” kata beliau.
Tambah beliau lagi, perluasan penggunaan teknologi dalam kalangan komuniti pertanian akan merangsang keusahawanan, menaikkan taraf sosioekonomi petani, penternak dan nelayan, menyemarakkan semula minat dalam industri pertanian sebagai satu profesion ekonomi dan akhirnya mampu meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.
Dr Ronald turut menyeru penglibatan pihak swasta dan pemain-pemain industri di luar sana untuk terus dan bersama-sama kerajaan dan mencipta teknologi seumpama ini yang pastinya untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, kerjasama strategik MAFI dan pihak swasta akan terus diperkukuh bagi memastikan pencapaian kemajuan yang berterusan untuk sektor pertanian dn industri makanan negara kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan tahap sekuriti makanan negara secara keseluruhannya.
“Melalui Agro Marketplace, kami berhasrat untuk membawa inovasi dan amalan terbaik berkenaan, yang biasanya dinikmati oleh syarikat yang lebih besar, kepada orang ramai termasuk petani dan nelayan berskala kecil,” kata Encik CK Chung, Ketua Pegawai Eksekutif, Smart Tradzt.
“Ciri-ciri mudah lain untuk pembeli termasuk menerima pesanan belian bagi setiap transaksi, keupayaan untuk menjejak status pesanan dan menerima e-Invois. Selain itu, untuk pembeli perniagaan kecil, kami juga menyediakan akses kepada ciri tambahan untuk menyokong perniagaan mereka, seperti pengurusan inventori,” tambah CK Chung lagi.
Bagi pembeli, Agro Marketplace membenarkan /menawarkan pembeli fleksibiliti cara penghantaran, sama ada untuk dihantar ke alamat penghantaran mereka atau untuk diambil sendiri. Terdapat juga ciri untuk mengautomasikan pemilihan saiz pembungkusan berdasarkan kuantiti item yang berbeza yang dibeli.
Platform Agro Marketplace Smart Tradzt membantu pengeluar kecil menikmati pembelian kuantiti kecil dan kos pengangkutan ekonomik agar mereka boleh memberi perkhidmatan kepada kumpulan pembeli yang lebih luas. Ini mewujudkan peluang bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan secara efektif kepada pembeli perniagaan kuantiti kecil domestik dan juga pembeli perniagaan pukal, tetapi juga membuka kemungkinan untuk jualan eksport.
Bagi menggalakkan lebih ramai pengeluar pertanian menyertai platform ini, Smart Tradzt menawarkan yuran percuma sehingga akhir tahun, serta sokongan untuk pendaftaran dan penyertaan. Bagi pembeli, terutamanya pembeli perniagaan kecil, selain kemudahan membeli dalam talian dan daya tarikan harga yang menarik untuk pembelian secara langsung, terdapat potensi untuk menikmati skala ekonomi kos penghantaran, terutamanya apabila permintaan diagregatkan dari lokaliti yang sama.
“Platform ini tidak boleh wujud secara kendiri dan dijangkakan akan lebih berkembang dimasa depan. Kejayaan platform ini juga bergantung kepada peningkatan penyertaan daripada rakan kongsi ekosistem seperti penyedia logistik, institusi kewangan dan badan kawal selia. Kami dengan rendah hati merayu dan berharap untuk menerima sokongan daripada rakan kongsi dan rakan rakan dalam industri untuk bersama-sama memakmurkan industri pertanian negara,” tambah CK Chung.
Atas semangat menyokong dan mendokong asprirasi Keluarga Malaysia (Keluarga Malaysia), Smart Tradzt menggalakkan keterangkuman, kerjasama merentasi keseluruhan ekosistem industri pertanian, untuk faedah yang besar terutamanya kepada penjual dan pembeli yang berskala kecil, yang secara tradisinya tidak mempunyai skala dan keupayaan untuk mengharungi gelombang teknologi.
Turut hadir YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, YB Dato’ Dr Mohd Zabawi B Abd Ghani, Ketua Pengarah MARDI dan YBrs. Encik Ck Chung, Pengarah Urusan Syarikat SMART TRADZT Sdn. Bhd.
Smart Tradzt menyediakan eDagang / Pasaran Sedia Masa Depan, Kemudahan Perdagangan, Pengoptimuman Harga / Kecemerlangan Komersial dan Platform Rantaian Bekalan Mula ke Penghujung. Kami menusahakan transformasi digital menggunakan teknologi yang “disraptif” seperti AI, Blockchain, Mudah Alih, Cloud. Smart Tradzt diasaskan oleh bekas perunding (Accenture, Deloitte Consulting) dengan kepakaran mendalam dalam rantaian bekalan, penentuan harga, kecemerlangan komersial dan e-dagang, di mana penghargaan yang diterima termasuklah Anugerah dalam Rantaian Bekalan dan Harga / Kecemerlangan Komersial.
Untuk maklumat lanjut, sila layari atau hubungi:
Osman Abu : M;+60123843406 osman.abu@smarttradzt.com Faudzi Hussin : M+6016 2523459 faudzi.h@smarttradzt.com James Ang : M +6016 4220713 james.ang@smarttradzt.com

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles