Program Advokasi Pengguna “Screen Shopping” 13 Ogos



KOTA KINABALU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah cawangan Tuaran akan mengadakan advokasi pengguna secara dalam talian pada 13 Ogos ini.

Ketua Cawangan KPDNHEP Tuaran, Saripuddin Moleng (gambar) berkata program advokasi ini menyasarkan penglibatan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Sabah yang terdiri semua ahlinya seramai 50 hingga 100 penyertaan.

Katanya, dijangka Penasihat Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, Datuk Amisah Yassin yang juga ADUN dilantik dan Presidennya David Chan dijangka akan menyertai Program Advokasi Pengguna.

Jelas Saripuddin penceramah yang akan turut serta terdiri daripada Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPKK) Kota Kinabalu, Victor Sabin dan beliau sendiri akan mengendalikan program tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau program ini antara untuk menumpukan terhadap urusniaga pembelian barang melalui dalam talian yang semakin mendapat sambuatan dikalangan masyarakat atau pengguna.

“Program ini juga diharapkan akan memberikan panduan dan tatacara yang patut diketahui oleh para pengguna.

Advertisements

“Pihak KPDNHEP akan menyediakan hadiah berjumlah RM250.00 kepada lima orang peserta yang bertuah dalam program tersebut melalui kuiz yang akan dijalankan dalam tempoh program berjalan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles