Salleh Sependapat Dengan Pendirian Umno Sabah Berhubung Situasi Politik Semasa

KOTA KINABALU: Pengerusi Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sependapat dengan kenyataan UMNO Sabah di bawah pimpinan Dato Sri Bung Moktar Radin berhubung perkembangan politik semasa peringkat Kerajaan Persekutuan.

Advertisements

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata adalah wajar untuk mempertahankan GRS dan mandat Rakyat untuk menjadi pemerintah yang bertanggungjawab.

“Untuk mengelak keraguan, kita perlu perkasakan GRS sebagai entiti rasmi Sabah, seperti GPS untuk Sarawak,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata fokus utama sekarang ialah mempercepatkan proses vaksinasi, sekali gus mengatasi masalah penularan COVID-19 di Sabah.

Semalam, UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus kekal dan menyokong Kerajaan GRS di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berikutan keadaan politik yang bergolak di Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataannya semalam, Umno Sabah berharap pendirian itu dihormati oleh semua pihak demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negeri Sabah tercinta.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles