2,000 Penduduk Limbahau Sertai Program Pemberian Vaksin

 

PAPAR: Kira-kira 2,000 penduduk dari 40 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Limbahau menyertai Program Outreach Imunisasi COVID-19 menerusi Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) di Dewan Sungkadon Mositun, dekat sini pada Sabtu dan Ahad.

Advertisements

Program pemberian vaksin itu dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Papar dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Limbahau dan Jabatan Penerangan Papar.

Turut hadir bagi memantau perjalanan program outreach itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau Datuk Johnny Mositun, Timbalan Pengarah Penerabgan Sabah Tuan Harun Madasa, Pegawai Daerah Papar, Tuan Hadzlan Jablee dan Pegawai penerangan Papar Sam Mansubu.

Bercakap kepada pemberita, Mositun menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan pasuksn daripada program outreach yang membantu menjayakan program pemberian vaksin itu.

“Kami sangat bangga dapat mencapai sasaran 2,000 orang yang divaksin dalam tempoh dua hari,” Saya mengucapkan terima kaseh diatas kerjasama daripada Pengunjung yang tabah untuk giliran masing masing dalam program Outreach,” katanya.

Beliau berharap program yang sama dapat diadakan di DUN Limbahau dalam tempoh terdekat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles