Syarikat swasta diajak bantu petugas barisan hadapan

KOTA KINABALU: Syarikat swasta  di negeri ini digalak tampil menghulurkan bantuan kelengkapan kepada para petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Advertisements

Pengusaha tempatan yang juga pengurus syarikat  SNL Usaha Enterprise  Mohd Naghuib Naming berkata, usaha murni seumpama itu diyakini dapat membantu petugas barisan hadapan daripada segi keperluan kelengkapan seperti pelitup muka ,peralatan perlindungan Peribadi (PPE), pembersih tangan dan keperluan barang makanan.

“Sumbangan seperti ini bukan sahaja turut membantu melengkapkan keperluan kelengkapan kepada petugas barisan hadapan tetapi juga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan dorongan motivasi serta penghargaan kepada mereka yang berdepan pelbagai cabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” katanya.

Mohd Noghuib berkata ketika demikian selepas menyampaikan sumbangan peralatan berupa pelitup muka , pembersih tangan dan air Mineral kepada pasukan Polis di ibu pejabat Polis Kepayan baru-baru ini.

MESRA..MohdNaghuib(Kiri) berbual mesra bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan(tengah )sambil diperhatikan CEO Suria Jaya Holding Sdn Bhd Nasir Rupa(Kanan)

Turut serta menghulurkan sumbangan syarikat Suria Jaya  Holding dan KM Trading.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali pada satu majlis  yang dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Menurut Mohd Naghuib sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial syarikat kepada para petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga di samping berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas bukan sahaja semasa wabak Covid-19 melanda negara tetapi juga semasa berdepan cuaca tidak menentu dan bencana banjir.

“Kita faham dan menghargai segala jasa yang mereka berikan kepada masyarakat yang tinggi nilainya jika dibandingkan dengan sedikit sumbangan yang diberikan,” jelas beliau.

Selain itu, katanya sumbangan seperti itu  akan merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara pasukan keselamatan (Polis) dan masyarakat disamping memupuk semangat kerjasama bukan sahaja dalam  menangani wabak Covid-19 tapi juga dalam menangani kes-kes jenayah seperti penyalahgunaan dadah, ragut, pecah rumah dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis  itu ialah Timbalan Persuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan.

ReplyForward

Related Articles

253FansLike

Latest Articles