36 pelajar Sabah disahkan positif Covid-19

KOTA KINABALU; Setakat Rabu, seramai 36 pelajar SPM dan STPM di Sabah, yang dibenarkan balik ke asrama mulai 16 Januari lepas , disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan Covid-19.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata bagi memudahkan pelajar tersebut mengikuti sesi pembelajaran atas talian, jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menyediakan perkidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri. 

Para pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalani sesi pembelajaran atas talian,” katanya.

Masidi berkata demikian pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata Sabah mencatatkan sebanyak 406 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 120 kes berbanding catatan semalam.

Masidi berkata tiga kes kematian direkodkan hari ini, iaitu dua di Sandakan dan satu di Kota Kinabalu manakala dua kluster dikesan masing-masing Kluster Balibata di Beaufort dan KKIP Selatan di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Masidi berkata kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pergerakan melebihi 10 km radius dibenarkan di Sabah.

Katanya pihak PDRM menyarankan supaya radius 10 km ini hanya dipraktikkan di kawasan bandar manakala di kawasan luar bandar dan pedalaman pergerakan dibenarkan dalam lingkungan daerah berkenaan.

Masidi berkata Ini disebabkan keadaan kawasan muka bumi negeri Sabah yang agak luas dan jarak di antara satu perkampungan di pedalaman ke kawasan pekan/bandar mungkin melebihi jarak 10 km tersebut. 

Cadangan ini membolehkan orang ramai yang tinggal di pedalaman dapat membeli barangan keperluan di pekan/bandar yang berhampiran dalam daerah tersebut, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles