60 MURID SERTAI  RINTIS KEM PEMBENTUKAN KARAKTER MADANI DI KIULU

KIULU: Seramai 60 orang murid daripada enam buah sekolah rendah di PPD Tuaran menyertai Program Rintis Kem Pembentukan Karakter MADANI Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Tahun 2026 yang diadakan di Pusat Kokum Negeri Kem Malangang, Kiulu selama tiga hari bermula 27 Oktober.

Program anjuran SK Malangang Baru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran itu bertujuan membentuk karakter murid secara holistik melalui penghayatan etika, nilai kemanusiaan dan pembangunan sahsiah ke arah melahirkan murid yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan.

Enam sekolah yang menyertai program ini ialah SK Malangang Baru, SK Pekan Kiulu, SK Rangalau Lama, SK Taginambur, SA Suria dan SK Lokub. Perkhemahan ini adalah peringkat daerah.

Sepanjang perkhemahan, peserta mengikuti pelbagai aktiviti, termasuk Pembangunan Insaniah, Kajian Lapangan dan Tanggungjawab Sosial bagi memupuk kepimpinan, disiplin, kerjasama berpasukan, keprihatinan serta tanggungjawab terhadap masyarakat.

Semua aktiviti dikendalikan oleh guru-guru yang merupa jurulatih Pusat Kokum Kem Malangang, Kiulu, yang diketuai oleh Puan Merenih Lebogan.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Mohd. Ibni bin Rusdam, Penolong Pegawai, Sektor Pengurusan Murid, PPD Tuaran, yang mewakili PPD Tuaran.

Turut hadir ialah En. John Wayne Linggang, Guru Besar SK Malangang Baru; Puan Hayati, Penolong Pengarah Pusat Kokum Kem Malangang; Pn. Kuilin Tubing, Penolong Kanan Kokurikulum SK Malangang Baru; Pn. Joen Saimin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Malangang Baru; dan  Jurulatih-jurulatih,Fasilitator, guru-guru pengiring daripada sekolah yang mengambil bahagian.

Program ini diharapkan dapat membentuk murid yang memiliki jati diri kukuh, berakhlak mulia dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan, selaras dengan aspirasi pendidikan negara khususnya RPM 2026-2035 untuk melahirkan generasi MADANI yang seimbang dari segi JERIS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles