Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, meminta segera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memasang sistem amaran awal gempa bumi yang berisiko di Kuamut susulan gempa lemah 3.3.pada skala Richter berlaku di kawasannitu pada jam 5.32 pagi tadi.
Menurutnya, walaupun gempa itu tidak menimbulkan suasana penik di kalangan penduduk, tetapi pemasangan sinsor Seismik Automatik di kawasan berisiko di daerah Tongod perlu disegerakan kerana dikhuatiri berlaku gempa susulan yang lebih dasyat.
MetMalayisa wajar memasang pengesan awal gempa di daerah itu kerana Kuamut pernah digegarkan gempa Magnitud 3.6 skala Richter pada kedalaman 280 kilometer pada 17 Julai tahun ini.
Masiung telahpun mengarahkan Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee untuk mengenal pasti kawasan terkesan, termasuk kemungkinan berlaku keretakan pada infrastruktur awam.
Bagaimanapun setakat ini katanya, belum ada laporan penuh diterima dari Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya dan Polis.
” Biasanya kejadian gempa akan berulang dan MetMalaysia harus mengambil tanggungjawab segera memasang sinsor pengesan awal gempa bumi di Kuamut sebelum bencana itu berulang dengan risiko yang besar, ” kata Masiung.
Pada 5 32 pagi tadi satu gema bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuamut, Kinabatangan.
Menurut MetMalaysia pusat gempa dikesan pada koordibat 5.1 darjahUtata dan 116.8 darjah Timur.
Gempa bumi awal pagi ini berlaku pada kedalaman 118 km barat laut dari Tarakan, dan 34 km Indonesia dan 34 km barat daya dari Tongod.
Sementara itu, Urusetia Pejabat Daerah merupakan agensi paling hampir dengan masyarakat akar umbi menuntut pegawai dan pasukan teknikalnya berkhidmat dengan sistematik tanpa wujud birokrasi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, menyifatkan Pejabat Daerah adalah agensi paling kritikal dalam memastikan projek pembangunan luar bandar dapat diselaraskan dengan cekap dan berintegriti.
Beliau berucap merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah Tongod disalah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee dan dua pembantunya, Ronley Saringan (Pentadburan) dan Christina Gimbad (Pembangunan) turut hadir di majlis tahunan itu.
Beliau mengingatkan agensi itu yang diketuai Pegawai Daerah secara langsung menentukan aspek projek luar bandar dilaksanakan dengan teratur sebelum sampai kepada rakyat.
Tegasnya, sebagai agensi yang paling hampir dengan masyarakat akar umbi, kecekapan pegawai dan anggota di Pejabat Daerah terutama melibatkan projek luar bandar wajar diberi tumpuan khusus tanpa wujud birokrasi.
Menurut Masiung, Pegawai Daerah dan pasukan teknikal perlu kerap turun ke lapangan bagi melihat sendiri status kemajuan fizikal projek.
” Kelewatan projek luar bandar selalunya dikaitkan dengan peranan agensi tempatan seperti Pejabat Daerah. Ia selalu berakar umbi daripada isu kelamahan tadbir urus, birokrasi dan kelewatan proses urusan tanah.
” Walaupun terdapat isu kritikal di pihak kontraktor, namun kecekapan Pejabat Daerah sebagai wakil pentadbir memainkan peranan dalam kelancaran projek, ” katanya.
Pengerusi Kumpulan SEDCO itu mahukan pegawai teknikal mengurangkan karenah birokrasi sebaliknya fokus kepada tempoh fizikal sesuatu projek.
Enam pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Tongod telah di pilih menerima anugerah cemerlang.
Zainal Abdul Hamid dianugerahkan sebagai penerima APC, sementara Ketua Kerani, Robin Lampakas yang akan bersara hujung tahun ini dianugerahkan penerima Jubli Mutiara.
