Oleh: JT
KOTA KINABALU:Kisah kejaya perusahan sosial tempatan Kelarai Kraft didokumentasikan menerusi buku “Zero ke Hero”.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun berkata, penerbitan ini penting sebagai inspirasi kepada generasi akan datang, selain mengetengahkan peranan perusahan sosial dalam membangunkan komuniti.
“Kita sangat gembira bahawa ada kisah-kisah seperti ini dapat dibukukan bukan sahaja kita dapar melihat usahawan wanita yang berjaya tetapi juga kita mahu kongsikan kisah perusahan ini di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran buku Zero ke Hero: Kelarai Kraft – Perjalanan Perusahaan Sosial yang Berjaya sempena Pelancaran Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2026 (PBAKK 2026) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis, 24 Sept 2026.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts Dr Ramzah Dambul; Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hajah Hasnah Samsudin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Dr Raman Noordin; Prof. Madya Dr. Azaze @ Azizi Abdul Adis, TD P&I HEP; Pengarah Penerbit UMS Prof. Dr. Patricia Matanjun; Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Puan Jennitah Noordin; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Haji Abidin Haji Marjan dan Puan Janeble daripada Kelarai Kraft.
Buku terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini meceritakan kisah perjalanan sebuah perusahan sosial komuniti Kelarai Kraft dalam membuka peluang ekonomi memperkasakan wanita dan memberi nilai baharu kepada warisan budaya masyarakat Sabah.
Penghasilan buku turut melibatkan kerjasama Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dari segi penyelidikan dan pendokumentasian data.
Mandela berkata, kita biasa melihat hasil anyaman yang sudah siap. Kita mungkin tertarik pada corak dan kehalusan kerjanya. Tetapi di belakang setiap satu hasil itu ada tangan yang menganyamnya, ada kemahiran yang dipelajari bertahun-tahun, dan ada masa yang dicurahkan untuk menyiapkannya.
“Sebab itu saya gembira kisah Kelarai Kraft diterbitkan sebagai sebuah buku. Ia memberi kita peluang untuk mengenali orang di belakang hasil kerja tersebut, khususnya Puan Emily dan komuniti penganyam yang bersama beliau,” katanya.
Mandela berkata, kita sering bercakap tentang membantu usahawan kecil. Namun kita juga perlu mendengar pengalaman mereka. Bagaimana mereka bermula, cabaran yang mereka hadapi, dan sokongan yang benar-benar berguna.
“Kisah seperti ini boleh membantu kita memahami perkara itu dengan lebih baik.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Emily dan semua penganyam Kelarai Kraft,” katanya.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Bamini KPD Balakrishnan dan para penulis bersama yang telah merekodkan perjalanan ini.
“Terima kasih kepada UMS, IDS dan semua pihak yang membantu menjayakan penerbitan buku ini,” kataya dan berharap buku ini dibaca bukan hanya sebagai kisah kejayaan sebuah perusahaan. Bacalah juga sebagai penghargaan kepada kemahiran dan usaha orang yang menghasilkan setiap anyaman itu,” katanya.
