Mustapha Sakmud – Pemimpin Sabah Kurang Bercakap Tetapi Lebih Bekerja

KOTA KINABALU: Biarpun belum sampai setahun jagung memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud mula menunjukkan hasil kerja menyakinkan, terutama dalam memperjuangkan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak.

Dilihat sebagai pemimpin yang kurang bercakap dan mudah didampingi rakyat, anggota Parlimem Sepanggar itu ternyata berjaya membuka lembaran baharu untuk Sabah dan Sarawak melalui tindakan nyata.

Antara kejayaan signifikan beliau ialah membantu dalam rundingan memastikan
Pemberian Khas bagi Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun bermula tahun 2026 dan pemberian khas jumlah yang sama kepada Sarawak.

Pelabuhan Bintulu juga diserahkan secara perundangan dan statusnya bertukar daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Sarawak berkuat kuasa 1 September 2026.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk meminda Perlembagaan bagi menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, sekali gus meningkatkan nisbah perwakilan kedua-dua negeri tersebut selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Apa yang dilihat sebagai “turning point”, hari ini, Mustapha mengambil inisiatif sendiri
untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai langkah awalan untuk merealisasikan misi untuk menambah kerusi Parlimen itu.

Mustapha, dalam satu kenyataan, berkata kunjungan itu, antara lain, bertujuan
membincangkan hala tuju dan mekanisme pelaksanaan cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata pertemuan itu merupakan susulan kepada perkembangan di peringkat Kerajaan Persekutuan, termasuk Mesyuarat MTPMA63 pada 11 September lalu yang mengambil maklum bahawa perkara itutelah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“YAB Perdana Menteri turut menyatakan terdapat kewajaran untuk meningkatkan kadar nisbah Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada perbincangan lanjut bersama SPR,” kata Mustapha.

Menurutnya pada masa ini, Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi atau 25.3 peratus daripada keseluruhan Dewan Rakyat.

“Cadangan yang dikemukakan ialah untuk menjadikan keseluruhannya kepada 35 peratus secara seimbang dengan kerusi di semenanjung Malaysia,” katanya.

Mustapha berkata perbincangan dengan Pengerusi SPR memberi tumpuan kepada proses serta pertimbangan perlembagaan, perundangan dan teknikal, termasuk aspek persempadanan bahagian pilihan raya, data yang diperlukan serta bentuk libat urus antara Kerajaan, SPR dan pihak berkepentingan.

“Ini bukan semata-mata soal menambah kerusi. Ia berkaitan usaha memastikan kedudukan dan suara Sabah serta Sarawak dalam Parlimen terus diperkukuh selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia dan pelaksanaan MA63,” katanya.

Mustapha berkata kementeriannya akan terus bekerjasama dengan SPR supaya sebarang tindakan susulan dapat dilaksanakan secara teratur, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta menghormati bidang kuasa SPR.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles