KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Yahya Lampong meninggal dunia awal hari ini.
Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di Kuala Lunpur.
Yahya dilahirkan di Kinarut pada tahun 1940.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, dan jawatan terakhir beliau dalam kerajaan sebelum menceburi bidang politik ialah Pengurus Besar SEDCO.
Beliau bertanding DUN Usukan atas tiket BERJAYA pada tahun 1981 menentang Presiden USNO Tun Said Keruak tetapi tewas tipis 81 undi.
Pada tahun berikut 1982, beliau bertanding sebagai calon BEBAS dan menang ketika menentang calon BN dari USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Namun pada tahun 1985, beliau meletakkan jawatan dan keluar dari BERJAYA dan menyertai USNO.
Beliau adalah calon USNO pada pilihanraya negeri tahun 1985 menentang calon BERJAYA Datuk Hj Mohd Nor Mansor di Tempasuk dan menang.
Menurut penulis buku Musli Oli, Yahya
merupakan penggerak utama usaha membawa Umno masuk ke Sabah.
“Allahyarham merupakan antara tokoh
yang banyak berjasa pada peringkat awal penubuhan UMNO serta menyatukan rakyat Bumiputera Islam di Sabah,” katanya.
Musli berkata jawatan terakhir beliau dalam Umno ialah Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru.
