BBC cadang kerajaan wujudkan Skim Rebat Elektrik bersasar – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU:  Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah, mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Skim Rebat Elektrik secara bersasar bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan tarif elektrik secara mendadak.

Pengerusi BBC, Datuk Masiung Banah berkata, rebat ini wajar diberikan secara bersasar kepada golongan berkenaan selari dengan kejayaan pelaksanaan BUDI Madani Diesel yang telah terbukti berkesan.

” Kita berharap cadangan itu dapat 

diterjemahkan menjelang mesyuarat khas, hari ini, bagi meneliti langkah mitigasi susulan kenaikan bil elektrik dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

” BBC berharap skim rebat itu boleh diterima pakai bagi memastikan subsidi elektrik sampai kepada golongan sasar, ” katanya dalam kenyataan dikeluarkan, awal pagi ini.

Menurut Masiung, jika mekanisme itu dipersetujui, pengguna domestik terutama penerima STR, eKasih serta kategori B40 dan M40 diberikan rebat automatik antara RM40 hingga RM100 sebulan mengikut penggunaan.

Rebat tersebut katanya, hendaklah dikreditkan terus ke dalam bil elektrik atau secara tunai ke akaun penerima sama seperti pelaksanaan BUDI Diesel bagi memastikan tidak berlaku ketirisan.

Wakil Rakyat Kuamut itu mahukan kerajaan mengkaji semula subsidi pukal yang diperkenalkan sebelum ini yang turut dinikmati golongan T20, sektor industri, dan permis mewah yang menggunakan elektrik melebihi 600k Wh sebulan.

” Tidak adil apabila seorang nelayan yang hanya menggunakan satu kipas dan satu lampu rumah terpaksa membayar pada kadar yang sama dengan sebuah kondominium mewah yang menggunakan enam penyaman udara.

” Subsidi elektrik wajar melindungi rakyat kurang berkemampuan, bukan turut dinikmati sama rata dengan golongan gaya hidup mewah.

” Sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar, membantu golongan kurang berkamampuan, manakalal golongan kaya, industri dan permis mewah bayar pada kadar biasa. ” tegasnya.

Masiung berharap Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Sabah Electricity dapat menterjemahkan cadangan ini dalam mesyuarat khas langkah mitigasi elektrik bersama Perdana Menterin pada hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles