Oleh Sam
KOTA KINABALU : Berpindah parti kerana mementingkan masa depan perjuangan adalah tindakan yang tepat walaupun sesekali ianya kelihatan agak drastik.
Selainnya adalah kerana kesedaran bahawa perjuangan mereka di parti terdahulu agak tumpul dan tidak mendatangkan faedah kepada diri dan akar umbi yang lain.
Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato’ Victor Paut berkata, berpindah haluan perjuangan di saat Pilihan Raya masih jauh lagi, adalah satu tindakan drastik dan tepat serta di anggap sebagai sebuah tindakan jiwa ke jiwa.
Menurutnya, kadang ada yang merungut, suara mereka tidak di dengar oleh kepimpinan atasan ataupun diabaikan tanpa hala tuju.
“Mereka sedar bahawa pembelaan nasib itu ada dan wujud di bawah panji PGRS dalam Kerajaan GRS yang ada hari ini,” katanya ketika selesai menerima kemasukan beramai-ramai ahli Star Sabah Mukim Lintuhun dan Mukim Monsorulung di Kampung Tikolod, Tambunan pada Sabtu.
Katanya, ramai yang menganggap perpindahan itu berlaku kerana ditawarkan kedudukan ataupun kononya ‘di bayar’.
“Jawatan sedia ada di peringkat bawah hingga ke Bahagian sudah pun di isi, macam mana timbul tuduhan sinis yang mengatakan mereka itu ditawarkan jawatan?
Tuduhan liar mengatakan mereka di sogok bayaran itu juga tidak benar kerana mereka sendiri mengumumkan bahawa perpindahan mereka ke PGRS Tambunan adalah atas dasar sukarela dan kecewa dengan apa yang mereka lalui sebelum ini,” katanya lagi.
Victor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd itu turut menjelaskan bahawa pembangunan, Kemajuan dan kemakmuran negeri hari inimenjadi realiti di bawah kepimpinan dan teraju yang wibawa, matang politik dan prihatin kepada nasib rakyat.
Menurutnya, berbagai inisiatif telah terbukti berkesan sepanjang Kerajaan GRS memimpin negeri ini yang turut melibatkan pembangunan infras di luar bandar, pembangunan belia kreatif, pendanaan niaga, peluang kemahiran dan inisiatif pendidikan untuk anak-anak kita.
“Banyak lagi rancangan untuk meningkatkan ekonomi demi kemakmuran negeri di bawah Pelan Sabah Maju Jaya 2.0 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri baru-baru ini.
Semua sudut pembangunan idak ada yang terkecuali dan ianya menyeluruh kepada semua aspek malah ada rancangan dalam Pelan SMJ 2.0 itu, kini sudah berjalan,” jelasnya lagi.
I
