KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffrey Nor Mohamed menzahirkan sokongan terhadap kenyataan ADUN Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin yang menyeru kerajaan Persekutuan supaya tidak menjadikan “kemampuan kewangan” persekutuan sebagai alasan untuk mengetepikan atau melengahkan pemenuhan hak Sabah menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ya saya bersetuju cadangan mengasingkan pendapatan 40% daripada kumpulan wang yang disatukan di mana jumlah ini dikira sebanyak 60% kepada kerajaan Persekutuan manakala 40 % kepada negeri Sabah.
“Punggutan ni datangnya daripada hasil agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain yang mengurus cukai di negeri Sabah “katanya dalam satu kenyataan.
Jefrey berkata sudah sampai waktu ‘movement’ ke arah termeterainya secara sah melalui ‘hitam putih’ dalam memastikan cadangan itu terlaksana secara sah dengan kerjasama d antara kerajaan persekutuan dn negeri.
“Perjanjian 1963 mesti lah sudah menjadi asas kepada cara kita bersama dalam menyelesaikan isu 40% yang telah berlanjutan sekian lama,” katanya.
Baru-baru ini, Donald yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menegaskan bahawa hak berkenaan (40%) bukan bergantung kepada kemampuan atau kemurahan hati Kerajaan Persekutuan, sebaliknya merupakan hak perlembagaan yang perlu dihormati dan ditunaikan.
Donald juga dipetik sebagai berkata bahawa Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sememangnya memperuntukkan kedudukan kewangan Persekutuan sebagai antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses semakan pemberian khas.
