Hari Keluarga Bondoon-Solimbot Himpunkan 312 Ahli Keluarga

KIULU: . Seramai 312 ahli keluarga daripada keturunan Bondoon dan Solimbot berhimpun dalam sambutan Hari Keluarga Bondoon-Solimbot 2026 yang berlangsung meriah di Disan View, Kampung Tulung, Mantob, Kiulu, hari ini.

Bertemakan “Bersatu Hati, Eratkan Kasih, Kekal Selamanya”, program itu berjaya menghimpunkan ahli keluarga daripada pelbagai kawasan termasuk Keningau, Mantob, Tulung, Sinorut, Lingga dan Tobobon bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sejak turun-temurun.

Keluarga besar Bondoon dan Solimbot yang terdiri daripada keturunan Madaun, Rotop, Gani, Kundioh, Lingkahoi, Lantut dan Koyobo mengambil peluang untuk bertemu, berkenalan serta mengukuhkan semangat kekitaan dalam suasana penuh harmoni.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Gundohing Jumadi Gimus Penyelia Kawasan UPPM Kiulu yang mewakili YB  Datuk Joniston Bangkuai.

Gundohing Jumadi juga merupakan keturunan  Bondoon-Solimbot. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program, termasuk sesi memperkenalkan diri, sesi bergambar keluarga, cabutan tiket bertuah, sukaneka dan sesi karaoke. 

Pengerusi penganjur, KK Jeniwil Dikau, berkata program seumpama itu penting dalam memastikan hubungan kekeluargaan terus kukuh walaupun ahli keluarga kini menetap di pelbagai lokasi.Beliau berharap program keluarga ini dapat diteruskan. 

Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ialah Penaung perjumpaan Gundohing Doupin Lantut, Setiausaha Cikgu Roni Gipin,  Bendahari Cikgu Elizah Gudin dan semua AJK yang terlibat. 

Penganjuran Hari Keluarga Bondoon-Solimbot 2026 bukan sahaja menjadi medan pertemuan generasi lama dan baharu, malah membuktikan nilai perpaduan, kasih sayang dan semangat kekeluargaan terus menjadi tunjang kekuatan keluarga besar tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles