KOTA BELUD, Presiden Pertubuhan Perpaduan Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) Gundohing Jack Giau membidas kenyataan Ketua Pejabat Stuf Presiden Indonesia Muhamad Quadari mendedahkan kononnya 127.3 hektar tanah Sabah di Sebatik menjadi milik Indonesia.
Beliau berkata PERPADUAN memandang serius perkara itu dan mendesak Kerajaan Malaysia, khususnya kerajaan negeri Sabah memberi penerangan terperinci berhubung pendedahan itu.
“Pulau Sebatik adalah satu-satunya pulau yang dibahagi secara fizikal oleh sempadan antarabangsa antara Malaysia (Sabah) dan Indonesia Kalimantan utara yang di sebut NORTH BORNEO era colony British.
“Garis persempadanan di pulau itu telah ditentukan oleh era penjajahan melalui perjanjian antara BRITISH NORTH BERNEO COMPANY (MEWAKILI SABAH KETIKA ITU) DAN NETHERLANDS EAST INDIES dan perjanjian penting konvesyen 1891 British-Belanda pula menetapkan garis lintang 4 darjah 10’ sebagai sempadan utama kawasan tersebut.
“Sempadan ini diperincikan melalui proses delimitation (penantuan atas peta) dan sebarang perubahan kawasan biasanya pelurusan teknikal sempadan dan pembetulan koordinat (resurvey) bukan penyerahan kedaulatan secara besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jack berkata Malaysaia masih lagi dalam rundingan dan seharusnya isu persempadanan diputuskan secara bersama.
Menurutnya sebarang keputusan wajar diumum secara rasmi oleh kedua-dua pihak, menerusi perjanjian dua hala dan ia hendaklah melibatkan Sabah.
Dalam hal ini, Jack berkata kerajaan Malaysia perlu meminta pandangan rakyat Sabah terlebih dahulu sebelum memuktamadkan isu persempadanan tersebut.
“Kawasan Sebatik merupakan kawasan yang paling sensitif kerana melibatkan keselamatan negara terutama yang membabitkan aktiviti rentas sempadan dan sumber laut serta ekonomi tempatan,” katanya.
Jack berkata Sejarah menunjukkan bahawa isu sempadan di rantau ini telah ditentukan sejak zaman koloni melalui perjanjian 1891 British-Belanda, dan sebarang perubahan hari ini tidak boleh ditafsirkan sebagai penyerahan wilayah tanpa proses rundingan dua hala yang sah.
“Kegagalan MAPILINDO 1963 membuktikan bahwa isu kedaulatan sempadan di rantau ini amat sensitif dan tidak boleh diselasaikan secara unilateral (sebelah pihak sahaja).
“Parti PERPADUAN menyarankan kepada kerajaan agar apa yang dimiliki oleh Sabah walupun hanya satu inci harus dipertahankan.
“Sabah bukan lah wilayah yang luas dan sudah tentu penududuk di kawasan ini perlu010111100000}p0p0p diberi peluang untuk memilih antara Indonesia atau Sabah jika Kawasan itu masih dalam pertikaian dan bukannya hanya pemimpin Persekutuan dan Indonesia sahaja yang duduk berbincang tampa melibatkan Sabah dan Sarawak,” katanya.
