KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed menyambut baik ucapan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengenai keutamaan infrastruktur dan ekonomi negeri Sabah.
Katanya ucapan itu jelas menunjukkan kepedulian TYT Tun terhadap isu-isu yang berlanjutan demi kebaikan semua di negeri ini.
“Pendekatan-pendekatan tertentu bagi mengurang dan mengatasi masalah-masalah ini dinyatakan dengan jelas dalam ucapan hari jadi Tuan Yang Terutama Tun,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Jeffery berkata TYT Tun turut menyentuh keperluan untuk meningkatkan lagi fasiliti kesihatan di Sabah.
“Dari segi tatakelola (good gorvenance) juga dinyatakan yang pastinya menjadi peringatan kepada semua kakitangan kerajaaan negeri dan juga kita semua.
“Ya, tentu sekali kita mesti menjadi lebih baik daripada yang lalu..ini prinsip asas kemanusian,” katanya.
Jeffery berkata sebagai rakyat Sabah, “ini di antara ucapan hari jadi yang lain daripada kebiasaan dan bersifat berani”.
“Bagi saya ianya terbaik kerana latar belakang TYT pernah menjadi Ketua Menteri Sabah yang paling berjaya membangun negeri Sabah ketika itu.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Tuan Yang Terutama Tun semoga senantiasa dalam lindungan Allah swt,” katanya.
