Oleh: Jaafar Abd Wahid
KINABATANGAN: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Lamag Abu Bakar Gapar menangkis dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong yang bantuan bakul makanan diberikan secara terpilih.
Menurut beliau sememangnya bantuan bakul makanan adalah untuk golongan B40 atau yang berdaftar dengan E-Kasih bagaimanapun ada golongan yang tidak tersenarai dalam kelompok tersebut perlu dibantu dalam setuasi sekarang.
“Dalam waktu kritikal begini ketika penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua pihak terkesan , malah wakil rakyat dan juga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) turut menerima permohonan bantuan dari kalangan bukan B40 dan yang tidak tersenarai dalam E-kasih” katanya.
Menurut Abu Bakar dari jumlah yang diperuntukan untuk bantuan bakul makanan oleh kerajaan sememangnya tidak mencukupi , berbanding mereka yang memerlukan dalam situasi sekarang, bagaimanapun wakil rakyat kerajaan di kawasan masing-masing sudah tentu mempunyai insiatif tersendiri bagi mencari peruntukan termasuk sumbangan dari sektor koprat dan NGO agar tidak ada golongan yang benar-benar perlu dibantu tercicir.
Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Junz Wong yang juga Wakil Rakyat Kawasan Tanjung Aru yang memuat status di Halaman Sosial beliau dengan mengambil gambar UPPM menyerahkan bantuan di kawasan DUN Lamag.
Dalam status tersebut Junz wong menyindir penerima yang memiliki Ninja King pun menerima bantuan dan menyebut semua UPPM ada gaji dan peruntukan namun dalam memberikan bantuan hanya dari golongan B40 dan tersenarai E-kasih.
Menurut Abu Bakar gambar tersebut hanya secara kebetulan berlatar belakangkan rumah penduduk yang memilik Ninja King dan bukannya penerima bantuan.
Tambah Abu Bakar sememangnya UPPM tidak mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan, melainkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan tugas UPPM hanya menyelaras dan menyampaikan kepada penerima
“Bagi rakyat di kawasan Lamag mereka beruntung kerana diwakili oleh seorang Pemimpin Dato Sri Bung Moktar Radin yang sentiasa prihatian dengan masalah rakyat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik “ katanya.
Abu Bakar yakin perkara yang sama turut dilakukan oleh wakil Rakyat kerajaan yang lain berbeza zaman pemerintahan Warisan sebelum ini yang memilih siapa yang harus mereka berikan bantuan.
“Bagi kawasan DUN Lamag kami tidak bermasalah memberikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan ini dan ianya telah diselaraskan sebaik mungkin dan dijangka akan selasai penghujung minggu ini,” tambah Abu Bakar.
Sehubungan itu, Abu Bakar mengingatkan pemimpin parti politik pembangkang khususny Junz Wong agar tidak terlalu mempolitikan isu bantuan bakul makanan dengan membuat pelbagai provokasi sebaliknya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat beliau perlu tampil dan membantu rakyat terutamanya di kawasan yang beliau wakili
CAPTION:
A. DIJADIKAN ISU…Gambar PPM dan kakitangan UPPM Lamag yang secara kebetulan berlatar belakang rumah yang memilik Ninja King yang dijadikan isu dan diputar balitkan oleh Junz Wong dalam status di Halaman Sosial (FB )beliau