Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Jawatan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini tidak akan dibuat melalui pemiliahan sebaliknya ditentukan oleh Wakil Rakyat bersama kepimpinan di peringkat daerah.
Berdasarkan pengalaman lalu, pemilihan melalui undi ternyata tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya wujud blok perpecahan di kalangan komuniti itu sendiri, ” menurut Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.
Beliau ditemui media selepas merasmikan penutupan kursus Tranformasi Kepimpinan Ketua-ketua Adat Cemerlang daerah Tongod di Dewan Simpang Entalibon, petang semalam.
” Kita pernah melakukan pemilihan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK secara undi, tapi apa yang berlaku …. Jika pemiliahan itu bertembung dua penjuru atau tiga penjuru, maka akan wujud perpecahan dua atau tiga kumpulan tidak sehaluan.
” Saya belajar daripada sejarah selama lima penggal sebagai Wakil Rakyat di Kuamut, dapatan saya hasil dari pemilihan itu ternyata tidak banyak membawa kehermonian sebaliknya terpisah antara dua atau tiga kumpulan yang kalah dan menang dalam pemilihan.
” Bagi saya pilihan paling tepat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut adalah secara lantikan berdasarkan pengalaman luas mereka, selain individu dilantik berupaya memimpin, ” jelasnya.
Masiung bertegas, tidak semestinya keputusan popular melalui undi dapat membentuk kehermonian dalam komuniti masyarakat kerana beliau telah belajar dari pengalaman lalu.
Kursus sehari itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri (JHEANS) yang dihadiri seramai 57 ketua adat diketua Ketua Daerah, Josison Saidin Ketua-ketua Anak Negeri Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-ketua Kampung di daerah Tongod.
Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee, Pengarah JHEANS, Nordin Lossin dan Ketua Polis Daerah, Inspektor Edwan Dollah turut hadir di majlis tersebut.
