PRESBAH Sambut Baik Pelan Pemulihan Negara

KOTA KINABALU:Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik ‘ Pelan Pemulihan Negara ‘ yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Advertisements

Presidennya Hj.Yahya Hj.Ahmad berkata
Perdana Menteri telah membentangkan pelan pemulihan yang dilihat praktikal.

Katanya ini termasuk melaksanakan peralihan dari fasa ke fasa secara berperingkat yang berpaksikan kepada data-data dari tiga indikator ambang utama (threshold).

“Semoga negara kita akan keluar dari semua halangan justeru dengan sendirinya sudah pasti rakyat akan hidup beraktiviti dan berkalapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas PKP Jun ini tamat, katanya banyak aktiviti akan dibuka dengan kawalan ketat dan ini merupakan satu sasaran yang wajar semua pihak berusaha menjayakanya.

“Dengan fasa ketiga dan berakhir fasa keempat nanti, bilamana pencapaian data dan indikator mencapai sasaran, sudah tentu peluang membuka 80% aktiviti ekonomi, pendidikan, sukan dan aktiviti sosial mampu dilaksanakan, petanda kehidupan harian kita berada seperti norma biasa.

“Rentas negeri dibenarkan dan sektor pelancongan domestik dibuka tertakluk kepada sop yang ketat. Ini sesuatu yang kita berdoa dan harapkan tercapai,” katanya.

Hj Yahya yakin persidangan Parlimen juga boleh diadakan pada September dan Oktober dengan kawalan SOP ketat, sekali gus menunjukkan pendirian Perdana Menteri sebelum ini sangat teguh dan konsisten.

“Apa yang dijanjikan beliau untuk memastikan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan didukung teguh setelah memastikan kes – kes Covid -19 terkawal dan rakyat Malaysia hampir mencapai imuniti berkelompok,” kata beliau.

Presiden Presbah itu turut mengajak rakyat dan semua pihak bersatu mendukung menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi kebaikan bersama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles