2,812 KIR DUN Kundasang terima bantuan makanan

RANAU: Seramai 2,812 orang ketua isirumah (KIR) di 40 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah dan akan menerima bantuan makanan percuma samaada berupa sayur-sayuran atau ikan.

Advertisements

Daripada jumlah tersebut, 1,880 KIR menerima bantuan berupa sayur-sayuran manakala 932 KIR lagi menerima bantuan bekalan ikan.

Edaran bantuan makanan tersebut, yang merupakan inisiatif Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama dengan pembekal sayuran dan ikan, berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada 6 Jun lalu.

Dr. Joachim menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua jentera pentadbiran dalam kawasan yang memggembleng tenaga menjayakan misi edaran bantuan tersebut.

Selain itu, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan bantuan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang turur menyumbangkan sayur-sayuran kepada KIR yang memerlukan di DUN Kundasang melalui Pejabat Perhubungan Parlimen.

Penerimaan ikan di DUN berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata lagi, sehingga hari ini pengagihan bantuan ikan juga masih dijalankan yang melibatkan lapan kampung dalam (PDM ) Malinsau, Ranau.

“Edaran bantuan sayur-sayuran dan ikan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Edaran bantuan sayur-sayuran diagihkan secara menyeluruh iaitu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan, Langsat, Pinawantai, Kaingaran, dan Mengkapoh, Naradan (Nawanon).

Bagaimanapun, edaran sayur-sayuran masih diteruskan kepada penduduk kampung di PDM Karagasan, Kilanas (Kawiyan), Timbua dan Ulu Sugut.

Bantuan makanan ini diedarkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jelasnya.

“Kebanyakan penduduk yang menerima bantuan makanan tersebut adalah mereka yang tinggal jauh dari pekan atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman,” tambahnya lagi.

Kesemua bantuan makanan berkenaan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles